Posts

Showing posts from November, 2018

DIY Mask (kopi dan aloe vera edition)

Diy mask paling mudah abad ini. Kenapa? Barang - barang yang diperlukan semuanya boleh cari kat rumah. Cari je kat dapur tu, mesti ada punya. Tapi curi diam diam tau takut mak marah 😂 maklumlah barang semua dah naik harga huhuhu. Okay sebelum tu, min terangkan dulu kenapa kopi dan aloe vera? Kopi kaya dengan anti oksidan dan boleh mengecilkan jerawat. Serbuk kopi jugak boleh membuang sel mati supaya muka lebih cerah. Aloe vera ataupun lidah buaya boleh memberi kelembapan pada muka. Sebab mungkin kopi tu terlalu kasar, kita ada backup iaitu aloe vera untuk memulihkan dan mengembalikan seri pada kulit. Bahan bahan yang diperlukan hanya :- 1. Serbuk kopi - Serbuk kopi ni perlu kopi yang original tau. Jangan pulak guna kopi yang 3 in 1 tu kang muka penuh dengan semut. 2. Aloe vera / Lidah buaya - Lidah buaya tu bukan organ dalam mulut buaya tau. Tapi diambil daripada tumbuhan lidah buaya. Okay yang ni lagi bagus kalau mak ada tanam pokok lidah buaya kat taman, korang potong dan ...